Majlis Daerah Tanah Merah ingin memaklumkan bahawa permohonan lesen mesin kiosk kini boleh diluluskan serta-merta tertakluk kepada pematuhan syarat dan dokumen yang ditetapkan oleh pihak Majlis.
📝SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki mengemukakan tujuh (7) dokumen wajib seperti berikut:
1. Gambar pemohon
2. Salinan Kad Pengenalan
3. Salinan Pendaftaran Syarikat
4. Salinan Pelan Lokasi
5. Surat Kebenaran / Perjanjian Sewa
6. Gambar Mesin Kiosk
7. Salinan Kelulusan KKM (bagi mesin kiosk minuman sahaja)
💰KADAR BAYARAN LESEN
- RM70.00 – Fi Pemprosesan
- RM150.00 – Fi Lesen Tahunan (setiap mesin)
- RM10.00 – Caj Pelekat (setiap unit)
🔴PENGUATKUASAAN BERMULA 1 MAC 2026
Sebarang mesin kiosk yang beroperasi tanpa lesen sah selepas tarikh tersebut akan dikenakan tindakan kompaun dan sitaan mengikut peruntukan undang-undang.
📞 PERTANYAAN LANJUT
Bahagian Pelesenan dan Kesihatan Awam
Majlis Daerah Tanah Merah
Talian: 09-9556023 / 09-9556026
Majlis Daerah Tanah Merah sentiasa komited dalam memperkasakan sektor perniagaan kecil dan sederhana serta memastikan pematuhan peraturan yang berkuatkuasa dipatuhi oleh semua pihak.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#LesenMesinKiosk
#Kelulusansertamerta
#BahagianPelesenandanKesihatanAwam