Perhatian semua pembayar cukai Majlis Daerah Tanah Merah.
Adakah anda telah menjelaskan Cukai Taksiran bagi tahun 2026? Majlis Daerah Tanah Merah kini menganjurkan Kempen Cabutan Bertuah Bulanan sebagai tanda penghargaan kepada pembayar cukai yang prihatin.
Tempoh Cabutan: Jun, Julai dan Ogos 2026
Hadiah: Wang tunai RM 150 untuk 5 orang pemenang setiap bulan
Syarat Kelayakan:
Pembayar cukai hendaklah menjelaskan Cukai Taksiran setahun 2026 secara penuh dan tanpa tunggakan cukai.
Pembayar yang membuat bayaran sebelum bulan cabutan bertuah adalah layak untuk menyertai cabutan bagi bulan tersebut dan bulan-bulan seterusnya.
***Penerima cabutan bertuah bulanan secara automatik layak untuk menyertai Cabutan Mega pada bulan September 2026
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Selesaikan pembayaran cukai anda segera dan rebut peluang untuk memenangi wang tunai.
Sebarang Pertanyaan:
Sila hubungi Unit Cukai Majlis Daerah Tanah Merah di talian:
📞 017-843 6026
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#KempenCabutanBulanan
#CukaiTaksiranMDTM
#JomJelaskanCukai