Majlis Daerah Tanah Merah ingin menjemput orang ramai untuk menyokong dan menjayakan Kempen Pasar Malam Bersih Tahun 2026 yang akan berlangsung di Pasar Malam Medan Tijari, Tanah Merah.
Kempen ini bermatlamat untuk meningkatkan tahap kebersihan di kawasan pasar malam demi keselesaan semua pihak.
📝 Aktiviti-Aktiviti Menarik:
✅ Pelancaran Kempen Pasar Malam Bersih
✅ Program "Trash To Cash".
✅ OPS Bersepadu di Pasar Malam Medan Tijari.
✅ Pertandingan Gerai Bersih (Terbuka kepada peniaga di Pasar Malam Medan Tijari).
🎁 Hadiah Pertandingan Gerai Bersih:
🥇 Tempat Pertama: RM 500.00
🥈 Tempat Kedua: RM 300.00
🥉 Tempat Ketiga: RM 200.00
📌 Tempoh Kempen:
Kempen ini akan berlangsung bermula Mei 2026 hingga Julai 2026.
Marilah kita bersama-sama menyokong inisiatif Kelantanku Bersih dengan memastikan persekitaran pasar malam kita sentiasa bersih, indah dan ceria untuk dikunjungi.
Sekian, terima kasih.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#KempenPasarMalamBersih
#tanahmerahbersihindahceria