Kerja-kerja Keindahan, Kebersihan dan Penyelenggaraan Landskap di Taman Barakah

TANAH MERAH, 12 Mei 2026 (Selasa) – Unit Landskap Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja keindahan, kebersihan serta mesin rumput di sekitar kawasan Pentas Budaya, taman permainan dan gelanggang futsal di Taman Barakah.

Kerja-kerja ini dijalankan bagi memastikan kawasan rekreasi awam sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan selesa untuk kegunaan penduduk setempat. Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan suasana persekitaran yang lebih ceria dan selamat kepada pengunjung.

Orang ramai turut diseru agar bersama-sama menjaga kebersihan kemudahan awam demi kesejahteraan dan keselesaan bersama.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah
#UnitLandskap
#TamanBarakah
#TanahMerahBersihIndahCeria

Lihat di Facebook