TANAH MERAH, 21 Mei 2026 (KHAMIS) – Unit Task Force Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja mencuci longkang di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 dan Taman Sinaran bagi memastikan saliran berada dalam keadaan bersih serta lancar.
Turut dilaksanakan kerja-kerja mesin rumput di sekitar kawasan Kubang Gali bagi menjaga kebersihan dan menceriakan persekitaran demi keselesaan penduduk setempat.
Orang ramai turut diseru agar bersama-sama menjaga kebersihan kawasan awam demi mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan
kondusif.
#MajlisDaerahTanahMerah
#TaskForceMDTM
#TanahMerahBersihIndahCeria