Kerja-kerja Meracun di Sekitar Bandar Tanah Merah

TANAH MERAH, 6 MEI 2026 (RABU) – Bahagian Kebersihan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja meracun di sekitar Bandar Tanah Merah sebagai sebahagian daripada usaha penyelenggaraan berkala. Tindakan ini diambil bagi mengawal pertumbuhan rumpai serta memastikan kawasan persekitaran sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan terurus.

Selain itu, inisiatif ini juga bertujuan meningkatkan tahap kebersihan bandar demi keselesaan penduduk setempat dan para pengunjung. Orang ramai turut diseru agar bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran dengan tidak membuang sampah merata-rata serta menyokong usaha pihak majlis dalam mengekalkan imej bandar yang bersih, indah dan ceria.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#KebersihanBandar #MajlisDaerahTanahMerah #TanahMerahBersih #BandarCeria #kerjapenyelenggaraan

Lihat di Facebook