TANAH MERAH, 26 APRIL 2026 (AHAD) – Bahagian Kejuruteraan telah melaksanakan kerja-kerja pemasangan dan penggantian penutup longkang yang rosak di sekitar Dataran Muhibbah.
Pelaksanaan kerja ini bertujuan untuk meningkatkan aspek keselamatan serta memastikan kemudahan awam berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh orang ramai.
Pihak Majlis komited untuk terus memastikan persekitaran awam sentiasa terpelihara demi kesejahteraan dan keselesaan masyarakat.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan