TANAH MERAH, 21 APRIL 2026 (SELASA) – Unit Tempat Letak Kereta dengan kerjasama Bahagian Kejuruteraan MDTM telah melaksanakan kerja-kerja pemasangan gegantung hebahan penguatkuasaan tempat letak kereta pada malam ini.
Selain itu, kerja-kerja mengecat petak tempat letak kereta di kawasan terlibat turut dijalankan bagi memastikan susun atur petak tempat letak kereta lebih teratur dan jelas untuk kegunaan orang awam.
Untuk makluman, penguatkuasaan tempat letak kereta berbayar menggunakan aplikasi Flexi Parking di kawasan-kawasan terlibat akan mula dikuatkuasakan bermula 1 Mei 2026.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan serta menggunakan aplikasi Flexi Parking yang disediakan bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan