Kerja-kerja Pembersihan dan Penyelenggaraan Longkang Serta Pemotongan Rumput

TANAH MERAH, 06 JANUARI 2026 (SELASA) - Unit Task Force MDTM telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan longkang serta pemotongan rumput di sekitar Jalan Industri, Tanah Merah. Kerja-kerja ini dilaksanakan bagi memastikan sistem saliran sentiasa lancar, mengurangkan risiko tersumbat serta menjaga kebersihan dan keselamatan persekitaran.

Orang ramai adalah diseru agar bersama-sama menjaga kebersihan kawasan awam dengan tidak membuang sampah ke dalam longkang. Kerjasama semua pihak amat penting bagi mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan selesa untuk komuniti setempat.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#pembersihanLongkang
#JalanIndustriTanahMerah
#kerjaberkala
#unittaskforce

Lihat di Facebook