TANAH MERAH, 18 Mac 2026 (RABU)– Bahagian Kebersihan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan sapuan di Kampung Banggol Tok Ajar, Jalan Kubur serta Jalan Klinik.
Aktiviti ini melibatkan pengutipan sampah, pembersihan bahu jalan dan kawasan sekitar bagi memastikan persekitaran sentiasa berada dalam keadaan bersih, indah dan ceria, di samping meningkatkan keselesaan serta keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk setempat.
Orang ramai juga diseru agar terus bekerjasama dengan menjaga kebersihan, tidak membuang sampah merata-rata serta memupuk sikap bertanggungjawab demi memastikan kawasan persekitaran kekal bersih, indah dan ceria untuk semua.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah #KebersihanBandar #TanahMerahBersihIndahCeria #JagaKebersihan