TANAH MERAH, 30 JUN 2026 (SELASA) – Unit Task Force Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja mencuci longkang dan memotong rumput di sekitar laluan Hospital Tanah Merah ke Taman Barakah. Kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih, indah dan ceria demi keselesaan penduduk serta pengguna jalan raya.
Orang ramai diseru untuk bersama-sama menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah ke dalam longkang bagi memastikan sistem saliran sentiasa berfungsi dengan baik. Usaha menjaga kebersihan merupakan tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran yang bersih, indah dan ceria.
#MajlisDaerahTanahMerah #TaskForceMDTM #TanahMerahBersihIndahCeria