Kerja-kerja Pembersihan Longkang dan Rumput.

TANAH MERAH, 04 APRIL 2026 (ISNIN) - Unit Task Force Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja mencuci longkang serta rumput berdekatan bangunan Pasaraya Pantai Timur bagi memastikan aliran air sentiasa lancar.

Usaha ini juga bertujuan mengelakkan longkang tersumbat di samping mengurangkan risiko pembiakan serangga perosak. Orang ramai turut diseru agar bersama-sama menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah ke dalam longkang demi kesejahteraan bersama.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook