TANAH MERAH, 11 OGOS 2026 (SELASA)-Unit Task Force, Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan longkang di sekitar Jalan Kubur.
Kerja-kerja ini melibatkan pembersihan longkang daripada sampah sarap, daun-daun kering serta mendapan yang boleh menghalang aliran air. Tindakan ini dilaksanakan bagi memastikan sistem saliran berada dalam keadaan baik, di samping mengurangkan risiko berlakunya air bertakung dan masalah saliran di kawasan berkenaan.
MDTM akan terus melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan secara berterusan bagi memastikan persekitaran di sekitar kawasan pentadbiran sentiasa bersih, indah dan ceria.
#MajlisDaerahTanahMerah
#TanahMerahBersihIndahCeria
#KelantankuBersih