TANAH MERAH, 04 NOVEMBER 2026 (RABU) - Unit Task Force MDTM telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan lyang melibatkan aktiviti mengorek dan membersihkan longkang menggunakan jentera, membuang sampah serta membersihkan rumput-rampai di dalam longkang berhampiran. Kerja-kerja penebasan turut dilaksanakan bagi memastikan kawasan persekitaran sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur.
Pelaksanaan kerja-kerja ini merupakan usaha berterusan MDTM dalam memastikan kebersihan, keindahan dan kesejahteraan persekitaran di kawasan pentadbiran Majlis sentiasa terpelihara.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MDTM #TanahMerahBersihIndahDanCeria