TANAH MERAH, 1 Mac 2026 (AHAD) – Unit Taskforce Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan longkang di sekitar kawasan Kota Harmoni susulan aduan yang diterima dan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak Majlis dalam menjaga kebersihan di kawasan tersebut.
Hasil pemantauan mendapati sebahagian besar punca tersumbat adalah disebabkan oleh pembuangan sisa domestik ke dalam saliran.
Kami menyeru kepada semua warga Kota Harmoni, para peniaga dan pengunjung untuk tidak menjadikan longkang sebagai tempat pembuangan sampah.
Kerjasama anda amat diperlukan bagi memastikan sistem perparitan kita berfungsi dengan cekap.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah #KotaHarmoni #tanahmerahbersihindahceria