Kerja-kerja Pembersihan Longkang oleh Unit Task Force MDTM

TANAH MERAH, 17 Mei 2026 (Ahad) – Unit Task Force Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja mencuci longkang di sekitar kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 bagi memastikan saliran berada dalam keadaan bersih dan lancar.

Pelaksanaan kerja ini bertujuan mengelakkan longkang tersumbat serta mengurangkan risiko takungan air yang boleh menjejaskan kebersihan dan keselesaan persekitaran. MDTM turut menyeru orang ramai agar bersama-sama menjaga kebersihan kawasan awam demi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan selesa.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah
#TaskForceMDTM
#TanahMerahBersihIndahCeria

Lihat di Facebook