Kerja-kerja Pembersihan Saliran di Sekitar Depo Imigresen Manal

​TANAH MERAH, 7 MEI 2026 (KHAMIS) – Unit Task Force Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan operasi pembersihan sistem saliran secara menyeluruh di sekitar kawasan Depo Imigresen Manal hari ini.

Fokus utama kerja-kerja tersebut merangkumi pembersihan sisa domestik serta pemotongan rumput yang menghalang aliran air di dalam longkang bagi mengelakkan masalah saliran tersumbat.

​Pihak Majlis Daerah Tanah Merah menyeru dan menasihati orang ramai supaya tidak membuang sampah merata-rata dan mengamalkan sikap bertanggungjawab bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih, indah dan ceria.
​
​#TaskForceMDTM #PembersihanLongkang #MajlisDaerahTanahMerah #TanahMerahBersihIndahCeria

Lihat di Facebook