TANAH MERAH, 09 FEBRUARI 2026 (ISNIN)- Bahagian Kejuruteraan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengalihan sampah pukal yang dibuang secara tidak terkawal di kawasan terbuka sekitar jajahan Tanah Merah.
Tindakan ini diambil bagi memastikan kebersihan persekitaran sentiasa terpelihara serta mewujudkan persekitaran yang bersih, indah dan ceria, di samping mengelakkan risiko pencemaran dan gangguan kesihatan kepada penduduk setempat.
Pihak Majlis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuang sampah secara haram dan sentiasa mematuhi peraturan pengurusan sisa pepejal yang telah ditetapkan. Kerjasama semua pihak amat diperlukan demi kesejahteraan komuniti.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan