TANAH MERAH, 20 April 2026 (Isnin) – Bahagian Kebersihan dengan kerjasama Bahagian Kejuruteraan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan tapak tong RORO dan tong kompektor di sekitar Jalan Taman Adabi dan Jalan Banggol.
Kerja-kerja ini dilaksanakan bagi memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih, terurus serta bebas daripada bau yang tidak menyenangkan demi keselesaan penduduk setempat.
Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dengan membuang sampah di tempat yang disediakan serta memastikan sisa buangan diurus dengan baik.
#KebersihanAwam #MajlisDaerahTanahMerah #TanahMerahBersihIndahCeria