DI JALAN ALTERNATIF KE PERUMAHAN TNB TAMAN BARAKAH, TANAH MERAH
TANAH MERAH, 07 JANUARI 2026 (RABU) – Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) melalui Unit Landskap telah melaksanakan kerja-kerja penebangan dan pemangkasan pokok berisiko di jalan alternatif ke Perumahan TNB Taman Barakah, Tanah Merah.
Kerja-kerja ini dilaksanakan susulan aduan yang diterima daripada orang awam melalui laman Facebook rasmi Majlis Daerah Tanah Merah, berkaitan keadaan pokok yang berisiko dan berpotensi membahayakan pengguna jalan raya.
Pelaksanaan operasi ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kemalangan akibat dahan reput atau pokok tumbang, terutamanya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.
Majlis Daerah Tanah Merah merakamkan penghargaan atas keprihatinan orang awam dan mengalu-alukan sebarang aduan atau maklum balas demi kesejahteraan serta keselamatan bersama.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MDTM
#unitlandskap
#aduanorangawam