ULU KUSIAL, 23 APRIL 2026 (KHAMIS) - Unit Landskap telah melaksanakan operasi penyelenggaraan landskap di kawasan rekreasi Lata Hujan, Ulu Kusial hari ini.
Antara skop kerja yang dilaksanakan termasuklah pembersihan sisa dedaun di laluan pejalan kaki, pemangkasan serta penjarangan pokok renek dan kerja-kerja kutipan sampah.
Dalam pada itu, pihak MDTM menyeru seluruh lapisan masyarakat agar mendukung tanggungjawab sosial dengan menjaga kebersihan kawasan tersebut. Para pengunjung diingatkan supaya tidak membuang sampah di merata-rata tempat serta sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#penyelenggaraanlandskap
#kebersihantanggungjawabbersama
#airterjunlatahujan