TANAH MERAH, 17 MEI 2026 (AHAD) – Susulan aduan berhubung kerja-kerja penyelenggaraan parit tanah, Bahagian Kejuruteraan MDTM telah turun padang membuat tinjauan terus ke lokasi di kawasan Manal 4 pada hari ini.
Tindakan penyelenggaraan ini dilaksanakan bagi memastikan sistem saliran air dapat berfungsi kembali dengan baik dan lancar sekali gus menangani masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat.
MDTM sentiasa komited dalam memastikan kemudahan infrastruktur awam berada dalam keadaan baik demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat bersama.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan