Kerja-kerja Sapuan dan Pembersihan di Sekitar Bandar Tanah Merah

TANAH MERAH,17 MAC 2026 (SELASA) – Bahagian Kebersihan Majlis dengan kerjasama Unit Landskap telah melaksanakan kerja-kerja sapuan dan pembersihan di beberapa lokasi sekitar Bandar Tanah Merah sebagai langkah berterusan dalam memastikan persekitaran sentiasa berada dalam keadaan bersih, indah dan ceria.

Pelaksanaan kerja-kerja ini adalah sebahagian daripada komitmen pihak majlis dalam mengekalkan tahap kebersihan dan keceriaan bandar, di samping mewujudkan suasana yang selesa serta menyenangkan kepada penduduk dan pengunjung.

Sehubungan itu, orang ramai adalah diseru untuk turut sama memainkan peranan dengan menjaga kebersihan persekitaran dan mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah merata-rata demi kesejahteraan bersama.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah #TanahMerahBersihIndahCeria #KebersihanTanggungjawabBersama

Lihat di Facebook