TANAH MERAH, 15 APRIL 2026 (RABU) – Bahagian Kejuruteraan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja tampalan jalan (patching) menggunakan bahan premix susulan aduan awam.
Kerja-kerja ini melibatkan beberapa lokasi iaitu di Jalan Kubur, Jalan Banggol dan Jalan Mahsuri bagi membaiki kerosakan permukaan jalan serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Pihak majlis akan terus komited dalam mengambil tindakan segera terhadap aduan awam demi kesejahteraan bersama.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MDTM #TanahMerah #PatchingJalan #AduanAwam