Kerjasama Penduduk Diperlukan

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, para penduduk taman-taman perumahan dimohon agar meletakkan kenderaan dengan lebih tersusun dan teratur di kawasan kediaman masing-masing.

Hal ini bagi memastikan laluan tidak terhalang serta memudahkan lori kompaktor Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) menjalankan kerja-kerja kutipan sampah domestik dengan lancar.

Kerjasama semua pihak amat dihargai demi memastikan persekitaran sentiasa bersih, teratur dan selesa.

Sekian, terima kasih.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook