GERIK, 07 FEBRUARI 2026 (SABTU) - Kelab Sukan & Kebajikan MDTM telah berjaya menganjurkan aktiviti konvoi bermotor ke Denai Kabus, Gerik, Perak dengan penyertaan ahli kelab yang amat memberangsangkan. Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta memberi pendedahan kepada pengurusan konvoi bermotor yang selamat dan berdisiplin.
Sepanjang aktiviti berlangsung, semua peserta menunjukkan komitmen dan kerjasama yang baik serta mematuhi aspek keselamatan yang ditetapkan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
#KelabSukanMDTM #KonvoiBermotor #DenaiKabusGerik #AktivitiSihat