Kuliah Zohor Dwi Mingguan

MASJID NIK DAUD AL-FATHANI, 15 NOVEMBER 2026 (AHAD)- Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah mengadakan Program Kuliah Zohor Dwi Mingguan bertempat di Masjid Nik Daud Al-Fathani yang disampaikan oleh Ustaz Nik Mohd Nizam bin Mohd Nasir, Pegawai Dakwah, Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah.

Program kuliah kali ini menampilkan pengisian ilmu bertajuk “TAKUT DENGAN AZAB ALLAH” sebagai peringatan kepada para jemaah mengenai kepentingan meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha MDTM dalam menyemarakkan pengimarahan masjid serta membudayakan pengisian ilmu agama dalam kalangan masyarakat.

Semoga perkongsian ilmu yang disampaikan dapat memberikan manfaat dan menjadi panduan dalam kehidupan seharian.

#MDTM #KuliahZohor #MasjidNikDaudAlFathani #TanahMerahBersihIndahDanCeria

Lihat di Facebook