PECHONG, 23 OGOS 2026 (AHAD) – Majlis Daerah Tanah Merah telah mengadakan Kuliah Zohor Dwi Mingguan bertempat di Masjid Nik Daud Al-Fathani, Pechong.
Kuliah yang diadakan bertajuk “Kepentingan Menjaga Ibadah Solat” yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shaipudin bin Mohd Zain, Imam Tua Masjid Belimbing.
Dalam penyampaian beliau, Ustaz Mohd Shaipudin menekankan kepentingan umat Islam memelihara ibadah solat sebagai kewajipan utama dalam kehidupan seorang Muslim. Solat bukan sahaja merupakan tuntutan agama malah menjadi asas dalam membentuk peribadi, disiplin dan kehidupan yang lebih dekat dengan Allah SWT.
Program kuliah zohor ini diharapkan dapat memberikan manfaat dan meningkatkan kesedaran kakitangan MDTM serta para jemaah mengenai kepentingan menghayati tuntutan agama dalam kehidupan seharian.
MDTM akan terus melaksanakan program-program berbentuk kerohanian dan keagamaan sebagai salah satu usaha memperkukuhkan nilai Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan para kakitangan dan masyarakat setempat.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#Kuliahzohordwimingguan
#unitpembangunanislam
#MajlisDaerahTanahMerah