Kuliah Zohor MDTM: Ilmu & Ukhuwah Disemai Bersama

TANAH MERAH, 26 APRIL 2026 (AHAD) - Unit Pembangunan Islam Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah meneruskan pengisian rohani melalui Program Kuliah Zohor Dwi Mingguan yang berlangsung semalam di Masjid Nik Daud Al-Fathani, Pechong. 🕌

Program ini menjadi platform untuk menyuburkan ilmu agama di samping mengeratkan silaturahim antara kakitangan MDTM dan masyarakat setempat. 🤝

Sesi tazkirah telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Ibrisam bin Jalaluddin, Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, dengan perkongsian yang penuh manfaat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. ✨

Semoga usaha murni ini terus istiqamah dalam membentuk masyarakat yang berilmu dan bertakwa. 🤲

#MDTM #KuliahZohor #PengisianRohani #TanahMerah #Ukhuwah #Ilmu

Lihat di Facebook