Kunjungan Hormat Ketua Perunding Ict (Strategis) Merangkap Ketua Pengarah JDN (Interim) Kepada Ybhg Dato' Tsuk (Pengurusan) Negeri Kelantan

KOTA BHARU, 27 OKTOBER 2026 (SELASA) - Kunjungan hormat oleh Tuan Haji Zamri bin Selamat, Ketua Perunding ICT (Strategis) merangkap Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara (JDN) (Interim) kepada YBhg Dato’ Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan) telah berlangsung di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan.

Kunjungan tersebut diiringi oleh YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah, YBrs Ts. Puan Noraz Leley binti Muhammad, Pengarah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) SUK serta YBrs Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiausaha MDTM.

Jabatan Digital Negara
Kerajaan Negeri Kelantan
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MDTM
#MajlisDaerahTanahMerah
#KunjunganHormat
#TanahMerahBersihIndahDanCeria

Lihat di Facebook