TANAH MERAH, 11 Mei 2026 (Isnin) – Majlis Daerah Tanah Merah telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) bagi mengeratkan hubungan kerjasama serta membincangkan beberapa perkara berkaitan pembangunan Islam dan penguatkuasaan.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk berkaitan papan tanda premis, isu perjudian dalam kolam memancing, fungsi serta peranan MAIK dan JAHEAIK, selain kerjasama operasi bersama antara agensi.
Turut dibincangkan ialah berkaitan pendaftaran premis perubatan Islam, program pra dan pasca perkahwinan, kursus pengurusan pemakanan, operasi aurat serta semakan status halal melalui laman web e-Halal.
Kunjungan ini diharap dapat memperkukuhkan lagi hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkasakan pembangunan Islam serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pematuhan syariah dan nilai-nilai murni.
#KunjunganHormat
#MajlisDaerahTanahMerah
#JAHEAIK