Tanah Merah, 11 Mac 2026 (Rabu) - Kunjungan Hormat Pengurus Agrobank Cawangan Tanah Merah ke Pejabat Setiausaha Majlis Daerah Tanah Merah telah berlangsung pada jam 10.00 pagi yang diketuai oleh Encik Ismail Bin Abdullah, Pengurus Cawangan Agrobank Tanah Merah.
Kunjungan ini diadakan bagi tujuan sesi suai kenal di samping mengeratkan hubungan kerjasama antara Agrobank dan Majlis Daerah Tanah Merah, khususnya dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat di daerah Tanah Merah.
#agrobanktanahmerah #MajlisDaerahTanahMerah