Kunjungan Hormat Wakil Felda Kemahang 3 ke Pejabat Ydp MDTM

Majlis Daerah Tanah Merah, 11 Ogos 2026 (Selasa) - Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah menerima kunjungan hormat daripada wakil FELDA Kemahang 3 sebagai tanda penghargaan atas sumbangan serta khidmat nasihat yang telah diberikan oleh pihak MDTM sempena Pertandingan Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA 2026.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada FELDA Kemahang 3 atas pencapaian sebagai Juara Kebangsaan Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA 2026. Semoga kejayaan tersebut terus menjadi inspirasi dalam memperkasa kecemerlangan komuniti dan pembangunan setempat.

#MDTM #MajlisDaerahTanahMerah #FELDAKemahang3 #AnugerahKecemerlanganRancanganFELDA2026 #JuaraKebangsaan #TanahMerah

Lihat di Facebook