TANAH MERAH, 7 OKTOBER 2026 (RABU) – Majlis Daerah Tanah Merah telah menerima kunjungan hormat daripada wakil pengurusan Hotel Impiana Ipoh dan telah disambut mesra oleh YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah bertempat di Majlis Daerah Tanah Merah.
Dalam pertemuan berkenaan, wakil Hotel Impiana Ipoh telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai pelbagai kemudahan, promosi pakej penginapan, penganjuran majlis, serta perkhidmatan ruang mesyuarat dan acara yang ditawarkan oleh pihak hotel.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan