Langkah ke Arah Transformasi Digital: Smart Team MDTM di Google Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2026 (SELASA) – SMART TEAM Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah menghadiri Sesi Bootcamp Siri 2 anjuran Google Malaysia yang berlangsung di Ibu Pejabat Google Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Delegasi MDTM diketuai oleh Tuan Setiausaha Majlis Daerah Tanah Merah bersama beberapa orang pegawai bagi menyertai program yang memberi fokus kepada pemerkasaan transformasi digital dalam sektor awam melalui penerapan teknologi serta penyelesaian digital terkini.

Sepanjang sesi berlangsung, para peserta berpeluang mengikuti perkongsian ilmu dan pendedahan berkaitan teknologi Google, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI), teknologi awan (Google Cloud), pengurusan data serta pelbagai amalan terbaik dalam mempercepatkan proses pendigitalan organisasi. Program ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dan meneroka pendekatan baharu dalam memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

Penyertaan MDTM dalam bootcamp ini mencerminkan komitmen berterusan majlis untuk memperkasa budaya inovasi dan meningkatkan kompetensi warga kerja selaras dengan aspirasi pendigitalan sektor awam. Ilmu dan pengalaman yang diperoleh diharapkan dapat dimanfaatkan dalam pelaksanaan pelbagai inisiatif digital yang lebih berkesan, seterusnya meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Dato' Wan Roslan Wan Hamat
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MDTM #SmartTeamMDTM #GoogleMalaysia #TransformasiDigital #PendigitalanSektorAwam #InovasiDigital #TanahMerah

Lihat di Facebook