Lawatan Kerja dan Sesi Perkongsian Ilmu Kertas Siasatan (Ip) di Majlis Daerah Pasir Puteh

PASIR PUTEH, 12 JULAI 2026 (AHAD)-Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah mengadakan lawatan kerja dan sesi perkongsian ilmu berkaitan penyediaan Kertas Siasatan (Investigation Paper - IP) ke Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP).

Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta memperkukuhkan pengetahuan pegawai, khususnya berkaitan penyediaan dan pengurusan Kertas Siasatan (IP) mengikut prosedur yang ditetapkan. Selain menjadi platform perkongsian pengalaman dan amalan terbaik, sesi ini turut mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dalam usaha memperkasakan aspek penguatkuasaan.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui lawatan ini dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan serta memperkukuhkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan di Majlis Daerah Tanah Merah.

#MDTM #MajlisDaerahTanahMerah #LawatanKerja #PerkongsianIlmu #Penguatkuasaan #KertasSiasatanIP #MDPP

Lihat di Facebook