KUSIAL BAHRU, 11 FEBRUARI 2026 (RABU) – YBrs. Tuan Haji Mohd Azwan bin Ab Rahman, Pengarah Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan hari ini telah meluangkan masa mengadakan lawatan kerja ke tapak pelancongan Guillemard View @ Kusial Bahru.
Lawatan strategik ini memfokuskan kepada koordinasi pembangunan fizikal, pengurusan landskap dan memastikan struktur di pinggir sungai (kawasan JPS) selamat dan kukuh. Kehadiran bersama wakil teknikal daripada JPS Tanah Merah serta Penolong Arkitek Landskap dan Penolong Jurutera MDTM membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan aspek keselamatan dan estetika kawasan pelancongan sentiasa diutamakan.
#LawatanKerja
#TICNegeriKelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#guillemardviewkusial