Lawatan Pemantauan Projek BP.1 dan MyKiosk di Majlis Daerah Tanah Merah

​TANAH MERAH, 21 APRIL 2026 (SELASA) – Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan lawatan pemantauan rasmi ke Majlis Daerah Tanah Merah bagi meninjau perkembangan projek-projek pembangunan di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan khususnya projek di bawah ​Peruntukan BP.1 Skala Kecil dan ​Inisiatif MyKiosk Pihak Berkuasa Tempatan.

​Delegasi pemantauan yang diketuai oleh Bahagian Pembangunan JKT telah disambut oleh wakil pengurusan MDTM termasuk Penolong Pegawai Penilaian dan Penolong Jurutera MDTM.

​Lawatan ini merupakan sebahagian daripada siri pemantauan di Negeri Kelantan yang merangkumi beberapa PBT lain termasuk Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Kuala Krai bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan dan kemudahan rakyat sentiasa berada pada tahap terbaik.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook