TANAH MERAH, 20 SEPTEMBER 2026 (AHAD) – Satu sesi Lawatan Pemantauan Projek Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah Peruntukan Bagi Program Kesejahteraan Rakyat Tahun 2025 telah dijalankan di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tanah Merah pada hari ini.
Pemantauan dari Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah dihadiri oleh Penolong Jurutera BKT, Encik Mohd Zulkarnain Bin Kamaludin dan turut disambut oleh pihak pengurusan dan pegawai MDTM bagi menyemak pelaksanaan serta kemajuan fizikal projek-projek kemudahan awam yang diperuntukkan.
Lawatan turun padang ini merangkumi semakan ke atas tiga projek utama iaitu:
✅Membina & Menyiapkan Gelanggang Sukan 3 Dalam 1 di Taman Desa Barakah
✅Menaik Taraf Laman Seni Mural di Bandar Tanah Merah
✅Membina & Menyiapkan Tandas Awam di Gerai Arca Durian
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan