Lawatan Verifikasi Track dan Pra-audit Menaiktaraf Infrastruktur Kawasan Perindustrian Berintegrasi Sedia Ada (Projek Infra) di Bawah Rmk-13 Tahun…

TANAH MERAH, 10 FEBRUARI 2026 (SELASA) – Majlis Daerah Tanah Merah telah menerima kunjungan delegasi daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Ibu Pejabat bagi urusan Lawatan Verifikasi, Fasilitasi Track, dan Pra-Audit Menaiktaraf Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Berintegrasi Sedia Ada.

​Lawatan kerja ini merupakan sebahagian daripada proses penilaian permohonan peruntukan projek infrastruktur di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi Rolling Plan Pertama (RP1) untuk tahun 2026.

​Sesi verifikasi ini telah diketuai oleh Encik Nik Nasri bin Nik Ahmad, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pasca Pelaburan MIDA Ibu Pejabat. Kehadiran beliau turut diiringi oleh barisan kepimpinan dan pegawai teknikal daripada pelbagai agensi strategik antaranya Pengarah MIDA Negeri Kelantan, wakil Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Kelantan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan(UPEN), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) Negeri Kelantan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pegawai-pegawai kanan Majlis Daerah Tanah Merah.
​
​Tumpuan utama lawatan adalah bagi menjalankan pra-audit ke atas cadangan pembinaan jalan perhubungan perindustrian yang menghubungkan Jalan Perindustrian 1 ke Jalan Perindustrian 2.

Sesi berakhir dengan penyampaian cenderamata kenangan oleh YABrs. Tuan Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua MDTM kepada deligasi yang hadir.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MIDA
#MajlisDaerahTanahMerah
#RMK13
#tanahmerahkelantan

Lihat di Facebook