TANAH MERAH, 1 JANUARI 2026 (KHAMIS) - Lembaga Pemeriksa Wang Tunai Bagi Tahun Kewangan 2025 di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan telah menjalankan lawatan pemeriksaan ke Majlis Daerah Tanah Merah hari ini.
Lawatan pemeriksaan yang diketuai oleh YBrs Encik Sofian Amir bin Che Soh, Setiausaha Majlis Daerah Pasir Mas bertujuan memastikan pengurusan wang tunai di MDTM mematuhi prosedur kewangan yang ditetapkan.
Sepanjang lawatan, lembaga telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap rekod kewangan, wang tunai di kaunter pembayaran, peti besi serta dokumentasi transaksi kewangan yang melibatkan pengendalian wang tunai.
Pemeriksaan ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan integriti pengurusan kewangan di semua PBT Negeri Kelantan dan memastikan ketelusan dalam pengurusan dana awam.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#LembagaPemeriksaWangTunaiPBT
#MajlisDaerahTanahMerah
#TahunKewangan2025