Lensa Kamera Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Daerah Tanah Merah

TANAH MERAH, 10 OKTOBER 2026 (SABTU) – Majlis Daerah Tanah Merah berjaya merangkul gelaran Johan double champion bagi kedua-dua penganjuran sukan utama sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Daerah Tanah Merah yang berlangsung di Dataran Majlis Daerah Tanah Merah pada hari ini.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Ketua Jajahan Tanah Merah, YABrs. Tuan Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin. Program turut disemarakkan dengan kehadiran barisan tetamu kehormat antaranya YB Bahari bin Mohamad Nor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh merangkap Timbalan Exco Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, YBhg. Datuk Seri Mohd Suparadi bin Mohd Noor, Pengerusi Majlis Getah Malaysia, YBhg. Datuk Wan Rakemi bin Wan Zahari, Pengerusi Yayasan Mahsari, YBhg. Datin Afzan Harisa binti Che Ahmad, Ahli Majlis Pengakap Negara dan YBrs. Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiausaha MDTM.

Sambutan seawal pagi diserikan dengan pendaftaran peserta, pameran interaktif agensi, nyanyian lagu rasmi, ucapan perasmian, sesi senamrobik perdana serta pelepasan acara Fun Walk sejauh 2.4 kilometer.

Untuk makluman, MDTM telah dinobatkan sebagai Johan Kejohanan Bola Jaring Shoot (Piala Ketua Jajahan Tanah Merah) dan Johan Kejohanan Liga Penalti Shoot (Piala Ketua Jajahan Tanah Merah).

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah
#harisukannegara

Lihat di Facebook