TANAH MERAH, 23 APRIL 2026 (KHAMIS) – Unit Cukai Majlis Daerah Tanah Merah telah mengadakan program Kaunter Bergerak bagi memudahkan kutipan Cukai Taksiran di Masjid Desa Barakah pada hari ini.
Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang ini adalah sebahagian daripada inisiatif MDTM untuk mendekati masyarakat dan memudahkan urusan pembayaran cukai bagi pemilik hartanah di kawasan tersebut.
Melalui kaunter bergerak ini, orang ramai boleh membuat semakan tunggakan, pembayaran tunai dan mendapatkan maklumat terus daripada petugas MDTM tanpa perlu hadir ke pejabat.
Pihak Majlis juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar cukai yang telah hadir serta menyokong program ini.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan