Lensa Kamera MDTM: Tinjauan Susulan Insiden Kebakaran Tapak Pelupusan Sampah Bukit Che Ros

​TANAH MERAH, 5 APRIL 2026 (AHAD) – YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan kerja ke Tapak Pelupusan Sampah Bukit Che Ros bagi meninjau keadaan semasa insiden kebakaran yang berlaku di kawasan tersebut.

​Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat operasi pemadaman serta strategi kawalan yang sedang giat dijalankan bagi memastikan asap dan sisa pembakaran tidak menjejaskan kualiti udara dan kesihatan penduduk sekitar.

Kehadiran YB EXCO telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiausaha MDTM, Ahli-Ahli Majlis MDTM, wakil PSPM serta agensi-agensi teknikal yang berkaitan.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook