📸 Lensa Kamera | Program “Fun Walk Jale Jambatan Belimbing - Jambatan Joh”

TANAH MERAH, 7 OKTOBER 2026 (RABU) – Telah berlangsung Program “Fun Walk Jale Jambatan Belimbing - Jambatan Joh” anjuran Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) bertempat di sekitar Jambatan Belimbing-Joh.

Program ini diadakan sebagai salah satu usaha bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja dan masyarakat.

Turut hadir untuk memeriahkan lagi program ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah, Setiausaha MDTM, Ahli-Ahli Majlis serta pihak JKR Tanah Merah dan PDRM Tanah Merah.

Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan memeriahkan program ini. Semoga aktiviti sebegini dapat terus menyemarakkan budaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan antara warga kerja dan komuniti. 🚶‍♂️🚶‍♀️

#MDTM #ptjtm #jkrtm #pdrmtm
#FunWalkJaleJambatanBelimbingJoh
#TanahMerahBersihIndahDanCeria
#LensaKameraMDTM

Lihat di Facebook