Majlis Daerah Tanah Merah Ambil Tindakan Segera Baik Pulih Jalan Raya

TANAH MERAH, 5 Januari 2026 (Isnin)– Bahagian Kejuruteraan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya melalui kerja-kerja membatu sebagai langkah sementara di empat lokasi strategik sekitar jajahan ini.

Lokasi-lokasi yang terlibat adalah:
✅ Jalan Kaki Bukit
✅ Jalan Gertak Chabe
✅ Taman Jaya Murni
✅ Perumahan Kusial

Langkah sementara ini dilaksanakan bagi mengurangkan risiko kemalangan serta memastikan keselamatan dan keselesaan para pengguna jalan raya sementara menunggu kerja penurapan kekal dilaksanakan.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#tanahmerahbersihindahdanceria
#bahagiankejuruteraanMDTM

Lihat di Facebook