KOTA BHARU, 02 OGOS 2026 (AHAD) – Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) melalui SMART TEAM telah membentangkan aplikasi myLicensePBT sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kerajaan Tempatan Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh YB Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Pembentangan ini bertujuan memperkenalkan aplikasi myLicensePBT sebagai satu inisiatif pendigitalan yang dibangunkan bagi mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan berkaitan pelesenan pihak berkuasa tempatan. Aplikasi ini turut menyokong usaha transformasi digital dalam penyampaian perkhidmatan yang lebih pantas, sistematik dan mesra pengguna.
Majlis Daerah Tanah Merah komited untuk terus melaksanakan inovasi serta memperkukuh penggunaan teknologi digital bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat selaras dengan aspirasi pendigitalan sektor kerajaan.
#MajlisDaerahTanahMerah #SMARTTEAMMDTM #myLicensePBT #Pendigitalan #KerajaanTempatan #Kelantan