TANAH MERAH, 22 JUN 2026 (ISNIN) – Majlis Daerah Tanah Merah dan syarikat IINFRA Sdn. Bhd. telah melangsungkan satu Majlis Penamatan Perjanjian secara rasmi pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Tanah Merah.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YABrs Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah dan kemudiannya disusuli dengan ucapan balas oleh YBrs Encik Mohd Abdul Patah bin Haj Endut CEO IINFRA Sdn. Bhd.
Kemuncak majlis pada hari ini adalah sesi menandatangani Dokumen Penamatan Perjanjian oleh wakil kedua-dua belah pihak, yang kemudiannya disusuli dengan acara pertukaran dokumen tersebut. Selain daripada urusan penamatan perjanjian, majlis ini turut menyaksikan sesi penyampaian Cek Premium Tanah Fasa 2 serta penyerahan Dokumen Hak Milik. Sebagai tanda penghargaan, acara penyampaian cenderamata turut diadakan.
Turut hadir sama YBrs Tuan Haji Mohd Nazir bin Yusoff, Ketu Whip MDTM, Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiausaha MDTM, Ahli-Ahli Majlis MDTM serta ketua-ketua Bahagian MDTM.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan