Majlis Daerah Tanah Merah Eratkan Silaturrahim Melalui Program Kacau Bubur Asyura

​TANAH MERAH, 15 JULAI 2026 (RABU) – Semangat kerjasama dan tradisi gotong-royong terus disemarakkan di Majlis Daerah Tanah Merah melalui penganjuran Program Kacau Bubur Asyura yang berlangsung hari ini di Dewan Terbuka MDTM.

​Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan Ahli-Ahli Majlis serta kakitangan MDTM.

​Selain itu, Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah, YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin turut menyerahkan sumbangan bubur tersebut kepada wakil pihak Bank Rakyat Tanah Merah sebagai simbolik kerjasama erat antara pihak Majlis dan pihak bank selain turut mengagihkan bubur tersebut kepada ahli-ahli majlis, kakitangan MDTM dan ketua-ketua jabatan dalam daerah Tanah Merah yang hadir bagi menjayakan program ini.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#PROGRAMKACAUBUBURASYURA
#MajlisDaerahTanahMerah

Lihat di Facebook