Majlis Daerah Tanah Merah Giat Buat Persiapan Sertai Pertandingan Landskap Pesta Flora Negeri Kelantan 2026

KOTA BHARU – Majlis Daerah Tanah Merah kini giat menjalankan kerja-kerja penyediaan landskap bagi menyertai Pertandingan Landskap sempena Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 yang bakal berlangsung dari 24 hingga 27 September 2026 di Taman Perbandaran Tengku Anis, Tanjung Chat, Kota Bharu.

Membawa tema dan konsep "Laman Fantasi", para kakitangan MDTM bertungkus-ramus tanpa mengira masa termasuk menjalankan kerja-kerja pembinaan di tapak pada waktu malam bagi memastikan arca dan gubahan landskap disiapkan mengikut rekaan yang ditetapkan. Turut turun padang melihat persiapan ialah YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah bersama Setiausaha dan para pegawai kanan.

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
Pesta Flora Negeri Kelantan

Lihat di Facebook